MESYUARAT PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) BAGI SESI JANUARI 2024 HINGGA 31 DISEMBER 2025

Syukur Alhamdulillah,  Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa KRT telah berjaya diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ”ธ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : 20 Januari 2024 (Sabtu)
๐Ÿ”ธ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : 08.45 Malam โ€“ 10.30 Malam
๐Ÿ”ธ ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ : Padang Bola Keranjang.

Sekurang-kurangnya 30 orang penduduk telah hadir di dalam mesyuarat pelantikan ini bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum dan syarat untuk bermesyuarat.

Kaedah pemilihan dan pelantikan AJK RT dilaksanakan secara mesyuarat terbuka. Tatacara pelantikan ialah kaedah pelantikan KRT Baharu.

Wakil dari Pejabat Perpaduan Daerah/ Bahagian telah memantau perjalanan mesyuarat pemilihan tersebut tanpa campur tangan dan mengambil sikap berkecuali.

Setelah pemilihan 20 orang dilaksanakan, pemilihan 5 Jawatankuasa Utama dibuat dalam kalangan 20 orang AJK RT. Pemilihan dilakukan melalui perbincangan, pemilihan dan sokongan sesama AJK yang telah dipilih. Pemilihan diteruskan dengan pemilihan Juruaudit seramai dua (2) orang (Bukan AJK RT).

Keputusan undian dicatatkan oleh Setiausaha Sementara dan diumumkan secara terus sebaik saja selesai pengiraan undi tersebut oleh Pengerusi Sementara. Keputusan pemilihan adalah berdasarkan kepada undian yang terbanyak dan dikira sebagai muktamad.

Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Utama beserta 2 juruaudit:

Pengerusi : Encik Adrus

Timbalan Pengerusi: Encik Faizal 7G

Setiausaha:Encik Fais

Penolong Setiausaha: Encik Rahimi

Bendahari: Encik Hilmy

Juruaudit:
1:Encik Shariman
2.Encik Abu