Kita semua tahu betapa sukar dan penat untuk menyiapkan dodol kerana banyak tenaga diperlukan untuk menyiapkan satu kawah dodol yang selalunya mengambil masa sehingga tujuh jam.
Selain itu peserta terpaksa menghadapi bahang panas dari api dan juga mengacau tanpa henti apabila dodol sudah semakin likat.
Buat pertama kalinya KRT SKI Fasa 5A berjaya mengadakan program ini pada :
๐ธ ๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต : 17 Feb 2024 (Sabtu)
๐ธ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ : 3.00 petang hingga siap bungkus pada 9.00 malam
๐ธ ๐๐ผ๐ธ๐ฎ๐๐ถ : Depan Kabin Taman SKI Fasa 5A.
Alhamdulillah, Objektif utama Program Jom Turun Kacau Dodol Selama 7 Jam ini adalah program yang direka khas sebagai “Team Building” antara AJK KRT Lantikan 2024/2025 yang baru telah tercapai.
Matlamat Objektif utama program ini adalah untuk :
๐ธ Meningkatkan Ukhwah dan Kerjasama
๐ธ Meningkatan Komunikasi
๐ธ Memperkukuhkan Kepercayaan
๐ธ Meningkatkan Motivasi
๐ธ Menggalakkan Pemecahan dan Penyelesaian Masalah Bersama
๐ธ Meningkatkan Produktiviti
๐ธ Membangunkan Kemahiran Kepimpinan
๐ธ Menguruskan Konflik
๐ธ Meningkatkan Inovasi
๐ธ Menyatukan Visi dan Matlamat
๐ธ Meningkatkan Kepuasan Pekerjaan
๐ธ Meningkatkan Ketangkasan
Melalui perancangan, strategi dan kerjasama yang tinggi antara ahli telah berjaya mereka dan meggerakkan jabatan khas bagi menjayakan aktiviti ini.
Ketua Chef : En Abu Bin Hashim
Biro Basuh Kawah
Biro Orang Kuat Kacau Dodol
Biro Penyediaan Bahan-Bahan (Tapis Tepung Pulut & Tepung Beras)
Biro Buat Air Sejuk
Biro Kebersihan.
Biro Bungkus Dodol
