Hak dan Tanggungjawab Pengguna , Kesedaran Smart Meter TNB dan Radio Frekuensi
Bertempat di gelanggang bola keranjang Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A telah berlangsung satu program komuniti taman bersama GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA) pada 03 Dec 2023 – Ahad.
FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.
Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia. FOMCA berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua Rakyat.
Dalam sesi program tersebut, Puan Asyikin Binti Aminuddin (Bendahari Agung FOMCA) membentangkan tajuk Hak dan Tanggungjawab Pengguna. Antara isi-isi penting yang disampaikan ialah:
- Kesedaran untuk mengkritik – Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
- Penglibatan dan tindakan – Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
- Tanggungjawab sosial – Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
- Bersatu padu – Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
- Tanggungjawab terhadap alam sekitar – Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi masa akan datang.
- Beliau juga mengulas isu semasa berkaitan boikot syarikat, produk yang menyumbang kepada Israel.
Puan Asyikin juga mengulas berkaitan Kesedaran Smart Meter TNB. Dengan penggunaan smart meter ini, pengguna boleh melakukan pemantauan penggunaan elektrik kerana TNB menyediakan aplikasi telefon pintar serta portal khas untuk smart meter.Pengguna boleh melihat sendiri penggunaan elektrik berdasarkan julat yang dikehendaki. Ini boleh membantu pengguna menyiapkan bajet bulanan serta melakukan penjimatan penggunaan elektrik.
Jemputan khas Ts. Arsany Arsad (Researcher Officer Wireless Communication Centre UTM) mengulas lebih lanjut secara lebih teknikal berkaitan Radio Frekuensi yang digunakan dalam sistem Smart Meter TNB. Jelasnya, Meter Pintar TNB tersebut menggunakan Frekuensi Radio (RF) pada 2.4 GHz, iaitu frekuensi yang sama seperti Bluetooth dan WiFi. Dengan itu ianya selamat pada persekitaran dan tiada risiko radioaktif. Bagi membolehkan pembacaan Meter Pintar, TNB akan mendirikan tiang RF di sekitar kawasan berkenaan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Aqira Binti Ishak (Eksekutif Polisi dan Kajian FOMCA) dan Puan Nurin Sadrina Binti Nor Helmi (Eksekutif FOMCA) selaku pembantu dan penyelaras dalam menjayakan PROGRAM CERAMAH PEMERKASAAN PENGGUNA 2023 bersama komuniti Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A.
Terima kasih kepada jiran-jiran komuniti yang hadir dan merealisasikan objektif program:
✅ Mendapat maklumat dan pengetahuan yang betul dan tepat selaku pengguna.
✅ Memahami hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.
✅ Mendapat kesedaran dan menjadi pengguna yang berhemat dan bijak dalam mengurus kewangan.
✅ Datang memeriahkan majlis, mengukukuhkan ukhuwah dan persefahaman antara jiran tetangga.
Hari dan waktu program ada lah seperti berikut:
🗓️ 03 Dec 2023 – Ahad
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengahari
🏡Gelanggang Bola Keranjang,Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A
Antara aktiviti selingan yang dijalankan:
- 🎁🎁 10 Cabutan Barakah kepada jiran-jiran yang hadir.
- 🥜🍬 Kudap-kudapan yang sedap disediakan.
- 🍽️🍚 Makan tengahari istimewa.
#PenggunaBijak
#KRTFOMCA
#KOMUNITIFOMCA
