MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE-4

Syukur,Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke Empat bagi memilih Jawatan Kuasa sesi 2024-2025.
 
Tahniah kepada Encik Syafaat Tasriff yang telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A yang baru. Tahniah juga kepada beberapa jawatankuasa yang baru dan lama yang masih dikekalkan.
 
Mesyuarat ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Parlimen Kapar iaitu Saudara Zamsol Abd Majid yang mewakili Dato Sri Azizi Ayob yang tidak dapat hadir kerana menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat.
 
Dalam ucapan perasmian,Saudara Zamsol mengatakan dengan kewujudan persatuan penduduk ia boleh dijadikan platform atau medium untuk berinteraksi dengan jiran-jiran yang lain.
 
Dalam ucapan penangguhan mesyuarat Pengerusi PKSKI5A yang baru dilantik, beliau berpendapat PKSKI5A ini adalah satu tapak untuk menyatu-padukan penduduk berbilang kaum di taman perumahan ini
Mesyuarat tamat pukul 09.30 malam dengan mengekalkan Setiausaha Agung dan Bendahari serta AJK-AJK baru dan lama tetap diperlukan untuk kebaikan di taman perumahan ini.
 
🔸 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 25 Nov 2023-Sabtu
🔸 𝗠𝗮𝘀𝗮 : 8.00 malam – 10.00 malam
🔸 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 : Gelanggang Bola Keranjang,Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A
 

Tahniah kepada tuan/puan kerana telah dipilih dan dilantik untuk memegang jawatan dalam Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A bagi sesi 2024-2025.

Syukur Alhamdulillah, ini satu kepercayaan dan juga tanggungjawab yang harus AJK laksanakan dengan sempurna.

Sebagai sebuah pertubuhan yang berteraskan sosial maka memang menjadi tanggungjawab AJK yang dilantik untuk memastikan matlamat penubuhan PKSKI5A ini terus dilaksanakan.

Matlamat Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A adalah :-

1. Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati
2. Mengembangkan persefahaman dan pergaulan di antara masyarakat berbilang kaum.
3. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
4. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan.
5. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan,kebudayaan, sosial,akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
6. Mewujudkan perpaduan di anatara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

Senarai Organisasi PKSKI5A sesi 2024-2025

Pengerusi : Encik Syafaat 7D
Timbalan Pengerusi : Encik Faizal 7G
Setiausaha Agung : Encik Fais
Penolong Setiausaha : Encik Abu 7C
Bendahari : Encik Adrus 7D

Ahli Jawatan Kuasa

1. Encik Shah 7C
2. Encik Shariman 7D
3. Encik Wan 7E
4. Encik Rahimi 7C
5. Encik Mat 7F
6. Encik Faizal 7C
7. Encik Ijoi 7G
8. Puan Bunga 7H