Majis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru ,Ahli Majlis MBDK Zon N42B dan NGO berdaftar di Taman Sungai Kapar Indah.
Majlis Rumah Terbuka ini dirasmikan oleh Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid ADN Meru. Dalam akhir ucapan, beliau begitu komited dalam merealisasikan pembinaan Sekolah Rendah Agama di kawasan Taman Sungai Kapar indah.
Selain mengundang tetamu VIP dan penduduk setempat, Majlis ini juga turut mengundang tetamu istimewa iaitu pelatih-pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (Pdk) Klang Utara.
Majlis ini menyediakan peluang untuk berhubung dengan pelbagai rangkaian dan sumber yang ada dalam komuniti. Ini boleh membantu dalam perkongsian maklumat, sumber daya, dan kemahiran untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan program-program dan inisiatif komuniti.
Juadah seperti lemang, nasi impit, kuah kacang, bihun sup, kueh teow, mee goreng, mee kari, bubur kacang, apam balik dan pelbagai pencuci mulut dan air minuman disediakan kepada tetahu yang hadir.
Apabila Wakil Rakyat, Agensi-agensi, Jabatan kerajaan, NGO, Ahli Majlis, penduduk setempat, dan Pusat Khidmat Masyarakat berkumpul dalam satu majlis, ia membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat tempatan dan komuniti secara keseluruhan.
Diantara NGO Taman Sungai Kapar Indah yang terlibat dan bekerjasama dalam menjayakan majlis ini adalah:
🔸 KRT Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A
🔸 Pertubuhan Komuniti Sungai Kapar Indah Fasa 5A
🔸 KRT Taman Sungai Kapar Indah Fasa 2C & 2D
🔸 Komuniti Pangsapuri Ceria
🔸 Surau Al-Faizin
Kehadiran semua pihak yang berkepentingan dalam satu majlis menunjukkan semangat kerjasama dan kesatuan dalam menjayakan pembangunan komuniti yang mampan dan inklusif. Oleh itu, penting untuk meneruskan dan menyokong pertemuan majlis seperti ini untuk meningkatkan kesejahteraan dan kemajuan komuniti.
