Kedatangan Aidilfitri 1445H pada tahun ini disambut dengan mesra dan kesyukuran.
Rumah terbuka Aidilfitri biasanya dianjurkan secara persendirian atau pihak tertentu, namun berbeza pada tahun ini berkat usaha dan kerjasama dari ahli jawatankuasa KRT Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A serta sokongan dari para jemaah Masjid Umariah Lama ,tahun ini majlis sambutan Aidilfitri telah dianjur dan disambut bersama.
Majlis jamuan Aidilfitri ini dapat mengumpul pelbagai lapisan masyarakat pelbagai umur dalam suasanan jalinan ukhwah yang sangat bermakna, sekali gus membuktikan keharmonian di kawasan itu sentiasa terjaga.
Kekangan masa membuatkan penduduk tidak berkesempatan untuk kunjung-mengunjung setiap rumah.
Jadi, peluang pada majlis ini boleh digunakan para jemaah untuk berjumpa sahabat handai, jiran tetangga dan bermaaf-maafan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.
📅Tarikh : 7 Mei 2024
📌Hari : Selasa
🕰️Masa : Selepas Solat Fardu Isyak
🕌Tempat : Masjid Umariah Lama,Kampung Perepat.
📌Hari : Selasa
🕰️Masa : Selepas Solat Fardu Isyak
🕌Tempat : Masjid Umariah Lama,Kampung Perepat.
