Jom Plogging Bersama Komuniti

Program Gerak Rahmah 2023 – Jom Plogging Bersama Komuniti

KRT Fasa 5A telah berjaya menjalankan program ‘Jom Plogging Bersama Komuniti’ iaitu satu program ambil kisah/peduli sampah yang ada di kiri,kanan dan sekitar taman perumahan kita ini.

Objektif program adalah untuk menyampaikan mesej dan kesedaran pada jiran-jiran untuk sama-sama jaga kebersihan taman perumahan ini dan tidak buang sampah sesuka hati.

Aktiviti Plogging adalah gabungan ‘Jogging’ dan juga ‘Mengutip Sampah’ yang merupakan sebahagian usaha untuk mengekalkan kesihatan badan dan dalam masa yang sama dapat menjaga kebersihan alam sekitar.

Aktiviti Plogging kali ini telah disertai oleh jiran-jiran yang prihatin dan memberi kerjasama yang mantap untuk sama-sama menjaga kelestarian taman perumahan ini.

Selain acara utama iaitu Plogging,beberapa acara sampingan yang telah dirancang untuk memeriahkan suasana program ini seperti Pertandingan Mengira Gula Dalam Balang & Cabutan Baraqah.

Majlis perasmian penutup Jom Plogging dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Klang Kawasan N42B Tuan Haji Abdul Razak Bin Abdul Rashid.

Diharapkan aktiviti sedemikian dapat memberi kesedaran kepada semua penduduk Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A untuk bersama-sama menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata dan bertanggungjawab dalam mendidik generasi akan datang tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

📆Tarikh : 09 Julai 2023 (Ahad)

⏰Pukul : 7.00 pagi – 11.00 pagi

🏀Tempat Berkumpul : Gazebo di padang permainan

💙Tema Warna Baju : Biru

💙Antara aktiviti sampingan disediakan kepada anda semua.

💙PERTANDINGAN MENEKA JUMLAH COKLAT DALAM BALANG

💙11 CABUTAN BARAQAH

#PeduliSampah
#KamiBenciJiranPengotor
#Bumi_Ini_Tiada_Ke_2
#TamanBersihPendudukPunHappy
#JomKutipSampah
#JanganMainCampakSampah
#SikapBurukJanganDiamalkan