MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/2023

1 Muharram 1445H (Awal Muharram) jatuh pada tarikh 19 Julai 2023 iaitu Hari Rabu.
Ianya adalah merupakan tarikh cuti umum buat rakyat Malaysia.

“Perpaduan Teras Malaysia Madani” telah dipilih sebagai Tema Sambutan
Maal Hijrah tahun ini.

Umat Islam di Negara Malaysia yang tercinta akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasulullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dari sambutan Maal Hijrah. Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah tersebut, umat Islam haruslah mengambil ikhtibar bahawa Ukhuwah Islamiah yang kuat dan jitu adalah asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat Islam ke era yang global demi menjulang nama Islam dipersada mata dunia dan menjadi ikon terbaik di alam maya ini.
 
Alhamdulillah, majlis mengagungkan Rasul yang berlangsung hari ini di Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A dihadiri lebih 100 orang terdiri dari Muslimin dan Muslimat.
Semoga majlis penerapan nilai-nilai Islam terus mekar di taman perumahan ini.