Syukur kehadrat Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk menyambut kehadiran satu lagi Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diberi nama Majlis Akrab Aidilfitri pada tahun 1440H.
Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita meraikan majlis ini merupakan kesempatan yang wajib untuk kita syukuri dan diiringi dengan amal soleh bukti kita sebagai hamba kepadaNya.
Marilah kita bersama menjadikan Majlis Akrab Aidilfitri 1440H/2019 yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus maju ke depan dalam meningkatkan lagi hubungan silatulrahim antara kita semua yang terdiri dari berbilang agama dan bangsa.
Sesungguhnya pengorbanan dan sokongan anda kepada semua program anjuran Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A amat bermakna dan dihargai.
Pihak AJK PKSKI5A ingin memohon maaf jika ada yang terkurang pada majlis malam tadi.
Untuk makluman semua,kita telah berjaya mendapat lagi dana iaitu Geran Komuniti 2019 sebanyak RM 10,000 dari kerajaan untuk kita jalankan program dan pembelian peralatan yang telah diluluskan semasa permohonan tersebut.
“Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019”
Terima kasih jua kepada penaja motor antik di photo booth kita iaitu saudara Appu Amt
Pautan Album Gambar Sepanjang Majlis Ini
