10 Feb 2019
Barisan AJK Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A merakamkan jutaan terima kasih kepada jiran-jiran yang menyokong dan membantu dalam usaha memastikan kejayaan Gotong Royong Perpaduan ini.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat pada program hari ini terutama pada pihak Majlis Perbandaran Klang,KDEB Selangor,pihak kontraktor pembersihan taman permainan iaitu Saleha Enterprise dan tidak lupa juga pada pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sungai Pinang.
Progam Gotong Royong Perpaduan turut dihadiri oleh Encik Ali Hanapiah iaitu wakil dari Ahli Dewan Undangan Negeri N.42-Meru dan beliau telah menanam sebatang pokok sebagai simbolik perasmian program ini. Tidak lupa juga kepada Encik Mohd Zin selaku wakil dari Ahli Majlis Klang Utara yang turut bersama melakukan aktiviti gotong royong ini.
Semoga Gotong Royong Perpaduan ini menjadi saksi kesedaran dan kecintaan kita kepada persekitaran yang bersih dan sekaligus memupuk semangat perpaduan di kalangan kita. Projek seterusnya dari AJK adalah pemasangan CCTV di pintu masuk 7C dan 7H.
Diharap ahli2 berdaftar Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A terus menyokong kewujudan dan kelangsungan persatuan penduduk kita ini dengan membayar Yuran Ahli dan Yuran Keselamatan yang tertunggak. Segala aktiviti bergambar boleh diperolehi dari link dibawah ini.
https://photos.app.goo.gl/S6PDKdqLCEA…
Terima kasih.
