Jumaat : 11 Ogos 2023
Masa : 5.15 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang.
KRT SKI Fasa 5A mengambil langkah proaktif untuk menyemak arah kiblat di Gelanggang Bola Keranjang dimana kita sering menganjurkan solat berjemaah.
Terima kasih diucapkan kepada Masjid Kampung Perepat kerana memilih tempat kami untuk Program Kiblat Komuniti pada 11 Ogos 2023-Jumaat bagi menentukan dan mengesahkan arah kiblat di gelanggang bola keranjang ini.
Gelanggang bola keranjang kita telah dipilih untuk Penentuan & Pengesahan Arah Kiblat Dalam Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Selangor. Gelanggang bola keranjang ini juga adalah tempat dimana umat Islam di taman perumahan ini selalu mengadakan aktiviti keagamaan seperti Solat Terawih dan Solat Hajat Perdana.
Program Kiblat Komuniti adalah salah satu program didalam Program Mesra Ummah anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.
#ProgramMesraUmmah
#MasjidKampungPerepat
#JabatanMuftiNegeriSelangor
#ProgramKiblatKomuniti
