HIMPUNAN MEGA SUNGAI KAPAR INDAH FASA 5A
Menjelang Bulan Kemerdekaan Negara Malaysia yang kali ke-65, Pertubuhan Komuniti SKI (Sungai Kapar Indah) Fasa 5A dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A akan menganjurkan Himpunan Mega Sungai Kapar Indah Fasa 5A pada 28 Ogos 2022 – Ahad bermula pukul 07.00 pagi – 1.00 tengahari.
Antara aktiviti yang dirancang oleh pihak penganjur seperti ‘Berjalan Santai Bersama’ dan Sukaneka Keluarga.
“BERJALAN SANTAI BERSAMA” merupakan aktiviti berjalan beramai-ramai secara santai dan harmoni sambil menikmati keindahan taman perumahan kita ini bermula di Gelanggang Bola Keranjang dan berakhir di tempat yang sama sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan nyanyi beramai-ramai lagu patriotik.
Pelbagai aktiviti sukaneka akan dijalankan untuk memberi suatu kelainan kepada komuniti SKI Fasa 5A untuk beriadah bersama-sama.
Antara sukan-sukan popular yang akan di jalankan semasa program Sukaneka Keluarga ialah![]()
Kerusi Berirama
Dari Mata Turun Ke Mulut
Makan Epal Tergantung
Menjatuhkan Sticky Note Dari Muka
Makan Buah Belimbing Buluh Paling Laju
Penalti Shooter
Netball Shoutout
Tiup Belon Sampai Pecah
Lari Bawa Bola Ping Pong Dengan Sudu
Lontar Belon Air Kasih Sayang
Tiup Bola Ping Pong Dalam Cawan Berair
Lari Kepit Belon Di Ketiak Dan Peha
Dari Mulut Terus Ke Botol
Ping Pong Melantun
Lumba Bawa Belon Guna Kayu
Isi Air Dalam Botol Guna Span
Tiup Lilin Bulat Susun Atas Meja.
Acara Mengalih Kacang Tanah Menggunakan Chopstick.
Makan Gula Kapas Paling Laju
Makan Ramen Paling Laju
Diharapkan dengan penganjuran aktiviti seumpama ini akan dapat mengeratkan ikatan silaturrahim seterusnya dapat membentuk komuniti SKI Fasa 5A yang mengutamakan perpaduan.
Pihak penganjur mengalakkan untuk setiap rumah di Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A memasang sekurang-kurangnya satu Bendera Malaysia sebagai simbolik menghargai kemerdekaan negara kita.
#MasyarakatSepakatKomunitiHebat
